Wednesday, December 28, 2011

Detik itu : ke manakah ia berlalu pergi?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Selaut Pujian dan syukur bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Assalamu'alaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

BismikAllah aktub!



Sahabat-sahabat yang kusayangi kerana ALLAH

Untuk diriku dan dirimu yang sering lupa, lalai dan leka,,
Alangkah bagusnya andai masa-masa kosong itu diisi dengan kalamullah dan penghayatannya
Alangkah bagusnya andai masa-masa kosong itu diisi dengan bualan ilmiah
Alangkah bagusnya andai masa-masa kosong itu diisi dengan bacaan-bacaan yang menambah thaqafah / pengetahuan.
Alangkah bagusnya andai masa-masa kosong itu diisi dengan selalu mengingati al-KHALIQ,
Alangkah bagusnya andai masa-masa kosong itu diisi dengan membaca kitab-kitab kuliah.
Alangkah bagusnya andai masa-masa kosong itu diisi dengan menghafal hadis-hadis Nabi.
Alangkah bagusnya andai masa-masa kosong itu diisi dengan memikirkan masalah ummah.

Mungkin tak akan ada lagi masa kosong untuk menonton cerita sekadar untuk seronok-seronok
Mungkin tak akan ada lagi masa kosong untuk rehat-rehat saja
Mungkin tak akan ada lagi masa kosong untuk berbual-bual kosong (mengumpat sana sini),
Mungkin tak akan ada lagi masa kosong untuk kita bermain-main kerana hidup ini bukan untuk KITA tapi untuk ALLAH.

Setiap detik,setiap saat adalah AMANAH dari ALLAH
Manfaatkanlah sebaiknya.
Jangan biarkan ia menjadi cakap-cakap kosong.
Laksanakanlah wahai yang menanggung AMANAH.

Jika benar kita telah meng’imarah’kan MASA kita dengan BAIK,
Tak akan ada lagi masa kosong untuk kita.
Kerana MASA itu telah digunakan sebaiknya.

Tanggungjawab melebihi masa.
Manfaatkanlah masa itu sebaiknya!





Bukan soalnya sibuk, tetapi kemana masa kita dibazirkan? -kredit : Mieha -
Detik itu, mungkinkah ia berputar kembali?


Siiru 'ala barakatillah.
Moga redha Allah mengiringi setiap derap langkah kita.
Allahhumma Ameen.

Amanah itu!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Selaut Pujian dan syukur bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Assalamu'alaikum warahmatullahhi wabarakatuh.


Bismika aktub!

Apa khabar iman? Apa khabar hati? Moga sihat hendaknya dengan rawatan-rawatan susulan seperti di bawah ini :



5 Ubat Hati dari buku 'Purification of the Heart:

1. Baca al-Quran dan maknanya
2. Solat malam dirikanlah
3. Berkumpulah dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5. Zikir malam perpanjanglah




Hati kita perlu dibasuh selalu sampai betul-betul bersih! Kalau tidak, kotoran yang melekat itu pasti bertambah kembali dan semakin hitam sebab dibiarkan terlalu lama. Klorox kan hati-hati itu sehingga ia kembali putih dan bersinar ya duhai diri. Bintik-bintik hitam itulah yang selalu melemahkan kita, sebab itu kita selalu rasa sakit dan letih nak teruskan perjalanan yang panjang ini. Ingatlah duhai diri, kalau semua yang dilakukan kerana Allah, pasti hati selalu tersenyum gembira dan letih pun hilang. Paling penting keyakinan pada Allah mesti melebihi segalanya. HasbiyAllahhu wani'mal wakeel.

Kesejukan yang menggigit! Allahhuakbar baru 5 darjah celcius. Baru diuji dengan kesejukan yang sedikit dah mula rasa lemah. Bagaimana nak terus berjuang? Jangan terlalu manjakan diri. 

Dalam proses menyiapkan bahas, meninjau sebentar FB, terlihat status kakak, teringat arwah abah, terasa sebak seketika. al fatihah untuk Ahmad bin Hashim. Moga abah tenang di sana dan ditempatkan bersama para solehin. Ya Allah, beratkanlah timbangan amalnya. Pemudahkan urusan abah disana.

Allah... besarnya harapan abah nak melihat anaknya ini mengaji agama. Teringat wasiat terakhir abah pada abang yang mungkin berbunyi begini : "hantar adik ke sekolah agama". Maafkan anakmu ini kerana terlalu lalai, leka dengan dunia sehingga mengabaikan amanah ilmu.

Amanah. sungguh terlalu berat. tak tergambar dan tak terkata. adapun artikel di bawah ini adalah di copy paste dari seorang sahabat, moga ianya bermanfaat buat semua.

  


Akademik : Agenda Jihad Berani Hidup

Firman Allah SWT:
و مـا كـان الـمؤمنون لـينفروا كـافـة فـلولا نفر من كل فرقـة منـهم طائفة ليتفقهوا فى الدين و لينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لـعلـهم يحذرون

" Tidak sepatutnya bagi orang - orang yang mu'min itu pergi semuanya ( ke medan perang ) mengapa tidak pergi dari tiap - tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang ugama dan untuk memberi peringatan kepada qaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya , supaya mereka berwaspada ” At-Taubah : 122

Dalam konteks dunia Islam hari ini, kita amat beruntung kerana kita tidak perlu berada di barisan hadapan saff jihad mengangkat senjata. Hari-hari kita tidaklah seperit sebagaimana umat Islam di beberapa tempat seperti di Palestin, Selatan Thailand & beberapa tempat yang lain.

Bangunnya kita setiap pagi tanpa perlu memikirkan, bagaimana hendak meneruskan hidup pada hari tersebut dalam keadaan makanan yang kurang, tambahan diselubungi oleh ancaman daripada golongan yang menentang agama Allah SWT.

Namun berapa ramai antara kita yang masih alpa & leka? Kita baru diuji dengan kerja-kerja persatuan, tidak tidur semalam dua, sudah memberikan alasan itu & ini untuk tidak ke kelas. Letih, tidak cukup masa untuk itu & ini, banyak kerja, selalu dijadikan alasan untuk menyedapkan hati kita sendiri. Kita MENGADILI DIRI SENDIRI, hanya semata-mata untuk melepaskan diri dari rasa bersalah. TIDAKKAH ITU ZALIM?

Allah berfirman dalam ayat yang disebutkan di atas, apabila sebahagian golongan yang keluar menuntut ilmu itu, APABILA IA KEMBALI KEPADA KAUMNYA, hendaklah ia memberikan peringatan.

Boleh kita letakkan kesimpulan,

1) Bahawa mereka yang menuntut ilmu itu tidaklah berjihad dengan pedang atau senjata, tapi JIHAD yang berbentuk AKADEMIK.

2) Golongan yang keluar ini tadi MESTI @ WAJIB untuk KEMBALI & terjun ke dalam MASYARAKAT. 

3) Untuk menyelamatkan masyarakat daripada bahaya KEJAHILAN.

Usul ke-7 dalam 20 usul yang terkandung dalam Rukun Al-Fahmu (Arkaan Al-Baiah) menerangkan kepada kita betapa perlunya kepentingan ilmu bagi seorang 'amilin atau multazimin.

Tugas kita sebagai pemberi penerangan kepada masyarakat, menjelaskan antara MUDARAT & MANFAAT, HAK & BATIL serta KEZALIMAN & KEADILAN.

Maka, adakah patut kiranya kita yang dalam keadaan senang-lenang ini, pulang ke pangkuan masyarakat kelak, dalam keadaan yang tempang? Yakni, dalam keadaan ilmu yang hanya ala kadar untuk lulus, lebih malang lagi kiranya jika dihantar pulang kerana tidak cukup syarat (tak lepas tahun, beberapa kali mengulang tahun).

Jihad Akademik, merupakan agenda jihad kita, untuk terus hidup. Berani untuk hidup. Berani untuk terus kekal dalam saff, kerana kita WAJIB untuk PULANG dengan keadaan yang PALING FIT.

Anggaplah gagal dalam exam itu satu kematian. Kiranya kita tidak mahu mati, maka kita akan mencari sebanyak mana jalan yang boleh. Bukanlah bermaksud supaya cinta kepada kehidupan atau takut kepada kematian, cuma fikirkan MANFAAT yang LEBIH BESAR, dalam posisi kita ketika ini. Bayangkan dalam satu batalion perang, para staf mediknya yang berada di kubu belakang dahulu terbunuh. Masakan barisan hadapan yang berperang dapat kembali semula ke posisi masing-masing?

Begitulah peranan kita ketika ini. Andai kita dahulu yang 'mati', masakan masyarakat dapat menghasilkan kader-kader yang berkualiti untuk diletakkan di barisan hadapan?

Tidak dinafikan kita punyai pelbagai lagi kerja & komitmen di sini. Ada antara kita yang memegang jawatan persatuan, atau lain-lain. Namun semuanya memerlukan kepada perancangan. Sebagaimana sebuah peperangan yang memerlukan strategi, begitulah juga kita ketika ini.

Awlawiyyat atau keutamaan atau prioriti harus ditentukan, Masa & tenaga, serta kemampuan harus diperhitungkan. Mujahadah & pengorbanan diperlukan. Sekiranya bantuan luar diharapkan, jangan segan silu untuk memohon.

Dan terakhirnya, andai semakin lemah & goyah kaki yang menongkat, maka pohonlah bantuan dari Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tahu, apa yang terbaik untuk kita. Pada-Nya kita panjatkan pengharapan, pengampunan & kekuatan agar dapat kita tempuhi cabaran-cabaran yang mendatang.

Doalah pada Allah agar diberikan kekuatan. Doalah pada-Nya wahai hamba-hamba sekalian. Doalah pada-Nya....


Bittaufeeq wannajah buat semua. Moga kita mampu untuk terus hidup, demi ISLAM!!!









Mengakhiri penulisan pagi ini dengan doa dan harapan untuk diri terus berubah untuk membantu ummah! Ya rabb.. kurniakan kekuatan itu, untuk diri terus 'mujahadah' merawat diri dan ummah!

Siiru 'ala barakatillah.
Moga redha Allah mengiringi setiap derap langkah kita.
Allahhumma Ameen.

Tuesday, December 27, 2011

Jiwa hamba





Ya ! kita hamba biasa. 

Punya jiwa dan perasaan. 
Kadang-Kadang LETIH itu TERASA
PENAT itu datang MENYAPA
KETENANGAN itu yang DIDAMBA
KeREHATan itu yang DINANTI

Tapi hakikat orang mukmin itu sentiasa DIUJI 
Tak dibiar LALAI dan LEKA 
Bila LEKA terus saja DISAPA 
Apakah tika itu IMAN teguh atau goyah? 

Kita hamba yang pasti diuji! 
Dimiliki bukan memiliki 

Moga tidak putus asa pada rahmat-NYA 
Agar kalimah putus asa itu tak menghantui kamus hidup kita 

Kita adalah kita! 
Allah uji semampu dan sekadar kemampuan 
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita! 

Di pohon kekuatan 
Takkan selalu di biar di dzon yang selesa
Kerana diuji untuk menjadi insan yang luar biasa 

Ingatlah! 
yang Muhammad itu bukan di uji sekadarnya 

rintangannya melebihi kita!
kerana dia insan biasa yang berusaha secara luar biasa!

Tak pernah putus asa!