Pages

Monday, December 3, 2012

Kisah Kehidupan 2 : hikmah ujian

Alkisah pakis dengan buluh…

Saban hari, Muhyiddin terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.

“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.

Satu petang, Muhyiddin terjumpa Ustaz Hadi di taman riadah dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”

Ustaz Hadi melihat Muhyiddin yang kesian lalu berkata…

“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?”

“Nampak,” jawab Muhyiddin.

“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.

Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.

Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu.

Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya.

Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.

Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Hadi.

“Adakah cerita ini membantu anta?”

Muhyiddin terus memeluk Ustaz Hadi dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”

Bagaimana pula dengan anda? Adakah cerita ini membantu anda? Jika ya, kongsilah dengan mereka yang memerlukannya.

Senyum.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Wednesday, October 10, 2012

Kisah Kehidupan I : Kesabaran seorang hamba Allah

Ya benar, menjalani kehidupan seharian bagi seorang hamba bukanlah mudah. Sebab itulah Imam syafie dalam tasji'nya kepada kita mengingatkan ;  “Berpenat lelah la kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan, jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan” . 

Kadang-kadang kita merasa letih. Kita merasa penat dengan kehidupan yang kita lalui sebab kita rasakan sudah banyak perkara yang kita buat. Tapi hakikatnya itu baru secebis dari masa yang kita manfaatkan. Lalu kita mengeluh.

"Oh letihnya."

"Allah, kenapa mereka tidak memahami?!"

"Banyaknya kerja yang belum siap!"

Kadang-kadang kita hanya memikirkan tentang diri kita. Tidak endahkan tentang keadaan orang sekeliling ketika itu. Sukar untuk berlapang dada. Sering berprasangka.

"Ada aku kesah? yang penting kerja aku siap."
"Ada aku kesah dengan mereka? yang penting apa yang aku inginkan tercapai."
"Kenapalah diorang ni, lambat sangat. ingat aku ni tunggul ke apa?"

Seringkali juga kita mengeluh;

"Lambatnya buat kerja!"
"Kenapalah diorang ni susah sangat nak faham?!"

Dan macam-macam lagi rungutan, bebelan dan keluhan yang kita hamburkan. Demi untuk kepuasan diri. Segalanya kita sanggup lakukan. Segalanya sanggup kita hamburkan. Namun terfikirkah kita disebalik kata-kata kita itu, sebenarnya ada insan yang terluka? Ada insan yang ketika itu juga menghadapi kesukaran dan kesusahan. Kita mudah berprasangka sehinggakan kita lupa mereka juga punya hati dan perasaan.

Kesabaran kita teruji dengan kerenah manusia? Banyakkanlah beristighfar dan berselawat. Banyakkanlah berdoa. Pasti Allah akan beri kemudahan itu. Allahu musta'an daiman. =)

Ayuh sahabat dan teman, kita clorox hati kita. Sentiasa bersangka baik. Sentiasa berlapang dada. Kerana kehidupan ini bukan milik kita. Tidak lain ianya hanyalah sementara.

Refresh HATI, Upload IMAN, Reload Taqwa, Update AMAL Activate SABAR.

.......................................


Tersentuh dengan cerita kehidupan dari status yang baru dibaca di page Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Belajar tentang kehidupan. Belajar tentang erti sabar. Jom selami dan hayati kisah ini;

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah anda seorang daripadanya?

Senyum.

Siiru 'ala barakatillah.
Semoga Redha Allah mengiringi setiap derap langkah.
Jom Mujahadah!

Mukhlisah fillah,
11 Oktober 2012.
1.49 pagi.

Monday, September 17, 2012

Puisi buat teman I

Dalam kita melangkah, ada ketikanya kaki tersadung, lemah, luka, letih dan sakit.
Namun Jangan pernah kenal erti putus asa,
Jangan pernah kenal erti penat,
Jangan pernah kenal erti lelah,
Jangan pernah kenal erti letih,
Jangan pernah kenal erti susah,
Jangan pernah kenal erti sakit,
Bangunlah dan terus melangkah,
Memberilah dengan seIKHLAS hati,
Diperjalananmu itu iringilah ia dengan doa yang tak henti,
Tawakkal sepenuh hati dan pergantungan yang tinggi pada-Nya.
Sungguh Tuhan itu sentiasa ada. Sentiasa ada untuk hamba-Nya.
Tuhan tak pernah lupa pada hamba-Nya, maka teruslah memohon pertolongan-Nya.

Moga nusroh Allah sentiasa bersama-Mu teman.
Setiap detik, setiap saat, setiap ketika, moga langkahmu diiringi redha Tuhan.

Jaga iman, Jaga hati, jaga diri, jaga amal, dekatkan diri dengan Tuhan.
Semoga sentiasa dibawah naungan rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Dia sayang kamu, Dia uji kamu.
Dia kasih kamu, Dia kuatkan kamu.
Itulah hadiah dari-Nya buat kamu.
Senyumlah dengan kehidupan.

Wahai Mujahidah insan pilihan Allah,
Teruskanlah perjuangan,
Teruslah bernafas dengan jiwa Islam.

Kerana kasihnya, kita dipertemukan.
Kuasa silaturrahmi sungguh menakjubkan.
Tuhan, ikat kuatkan rabithah hati kami.
Moga kami dipertemukan di syurga-Mu bersama.

Maafkan salah silap diri ini sepanjang perkenalan kita.
Jika pernah hati ini menyakitimu,
Jika pernah diri ini mengasarimu,
Jika pernah diri ini melukaimu,
Jika pernah diri ini membuat sesuatu yang tidak engkau sukai,
Maka maafkanlah agar tidak tergantung amalanku disana. Moga punya restu dari Allah.
Juga Redha-Nya yang berterusan.

~Jendela pagi di urdun yang bakal ku tinggalkan.~
Siiru 'ala barakatillah | Fi amanillah

Mukhlisah fillah.
25 Syawwal 1433 H /  12 September 2012
4.15 pagi

Sunday, July 22, 2012

Ujian Tuhan mendidik Iman

Bismillah wal hamdulillah. 
Allahhumma solli ‘ala Muhammad. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan buat Tuhan Rabbul ‘Izzati atas nikmat yang tak henti-henti hingga saat ini dapat bernafas dan beribadah dengan baik. Tuhan yang menyatukan hati-hati manusia. 

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi FINAL EXAM untuk SUMMER SEM 2011/2012 ini bakal menghampiri. Mudah-mudahan natijahnya ilmu yang dihadam dengan sungguh-sungguh. Kali terakhir mungkin di Jordan ini, juga mungkin di dunia ini. Moga sentiasa dipilih Allah untuk terus berada di jalan kebaikan, inshaAllah. 

Petang tadi baru sahaja selesai menjawab soalan exam untuk paper terakhir exam kedua. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan. Selesai sahaja menjejakkan kaki di rumah, dikhabarkan tentang jadual final exam yang telah keluar di portal jami’ah (universiti). Dengan menggunakan sistem peperiksaan, exam silih berganti. Itu baru ujian di dunia, kalau disana nanti. Allah, permudahkanlah. 

Sistem pengajian yang berorientasikan peperiksaan. Setiap subjek yang diambil pada setiap semester, pasti pelajar perlu menduduki sebanyak 3 kali peperiksaan. Ini bermakna, jika pelajar tersebut mengambil 6 subjek, maka sebanyak 18 kali lah dia perlu menduduki peperiksaan. Antara yang ditekankan pada setiap semester : 

1. Peperiksaan pertama untuk fasa pertama bermulanya semester yang merangkumi lebih kurang suku kitab yang dipelajari. kebiasaannya markah dibahagikan sebanyak 25 markah bersadarkan doktor. 

2. Peperiksaan kedua untuk fasa pertengahan semester yang merangkumi sambungan kitab yang dipelajari tadi sehingga ke separuh kitab juga sebanyak 25 markah berdasarkan setiap doktor. 

3. Peperiksaan akhir yang merangkumi semua yang dipelajari dari fasa pertama hingga ke akhir. 

4. Assignment berdasarkan setiap doktor. 

5. Kehadiran yang amat-amat dititikberatkan. 

Agak memenatkan namun mengajar erti kesungguhan juga bagaimana mengatur dan mengurus kehidupan antara belajar juga bermasyarakat. Sistem yang berorientasikan exam ini membuatkan alasan yang biasa digunakan oleh seorang mahasiswa untuk terlibat dengan program adalah tidak relevan. Ini kerana, jika exam itu adalah satu alasan, sudah semestinya sampai bila pun tidak dapat melibatkan diri dengan persatuan. Yang mana dengan wasilah persatuan inilah kita dapat menterjemahkan apa yang dipelajari didalam kelas. Skill yang diperolehi secara teori dapat dipraktikkan. Indahnya hidup bermasyarakat kerana disitu, Allah mengajar banyak perkara. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara yang tidak diketahui. Dari zero ke hero. 

Jadual peperiksaan akhir semester akhir untuk tahun terakhir. Mohon doa teman-teman. (",)

Selesai sahaja melihat jadual peperiksaan akhir di portal, terus saya publishkan dalam group family. Mohon doa dari mereka. Katanya abang, “Mudah-mudahan dipermudah Allah swt. Betulkn niat, ikhlaskan perbuatan. InsyaAllah pertolongan Allah dimana sahaja,bila-bila masa dan atas sesiapa yang dikehendakiNya.” Terharu dan tentunya saya akan ingat, inshaAllah. Terima kasih atas peringatan yang sangat berguna ini. Moga diri saya tak lalai. Moga ilmu itu dapat kubawa pulang bersama.

Teringat kisah disuatu petang ketikamana selesainya kelas pengajian di Universiti. Melangkah pulang sendirian seperti biasa. Kebiasaannya perlu menunggu coaster (bas) dengan panas terik untuk pulang ke rumah. Tapi lain pula dengan keadaan pada ketika itu. Alhamdulillah syukur kerana tidak perlu menunggu terlalu lama. Sampai sahaj diperhentian, terus mendapat tempat untuk diduduki. 

Ketika ingin menyediakan duit untuk membayar tambang. Teringat yang duit sudah tiada. Terdetik didalam hati, “Bagaimana mahu membayar tambang hari ini. Mahu meminjam pada orang disebelah, tetapi takut tidak sempat membayar kembali. Tak mengapalah cari dahulu”. Cuba mencari-cari disegenap ruang beg. Alhamdulillah, 23 Qursh ditemui. Serasanya cukup-cukup duit itu. Sungguh syukur tak terkira. 

Bas yang dinaiki hari ini adalah bas baru. Ber ‘air-cond’. Arab disebelah menyerahkan duit sebanyak 25 Qursh untuk diberi kepada anak kecil yang mengutip tambang pada hari itu. Lantas saya memberikan kembali baki kepadanya. Dia menggeleng tanda menyuruh saya serahkan duit itu pada pengutip tambang tersebut. Selesai member tambang kami berdua, anak kecil itu berkata, “tak cukup. Hari ini 25 Qursh”. Dia menunggu disitu. Allah, dimana boleh kudapati duit itu. Dalam keadaan tawakkal, kubuka kembali beg dengan harapan ada rezeki Allah disitu walau tadi sudah tiada apa-apa. 

Alhamdulillah. Sungguh pertolongan Allah pada hambaNya itu sangat dekat dan tak pernah putus. Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Duit syiling itu kutemui didalam beg dan itulah duit paling akhir yang ada dalam beg. Sungguh terasa keinsafan ketika itu. Merasai kesusahan saudara-saudara yang tidak punya apa-apa sebentar. Sungguh ujian Allah itu mengajar kita tentang sesuatu. Sungguh rezeki Allah Maha Luas. Maka benarlah bicara Allah kepada kita : 

فإذا عزمت فتوكل على الله 

ومن يتوكل على الله فهو حسبه 

Bersyukurlah disetiap ujian Allah kerana disitu terdapat sesuatu yang tidak ternilai. Kerana dengan ujianlah mendidik jiwa. Mendidik iman. Member kekuatan. Dan paling penting dengan ujian mengetuk pintu hati agar lebih dekat dengan Tuhan! Moga Allah terus pilih kita untuk terus bernafas dengan jiwa Islam.

Ujian Tuhan mendidik iman. Melatih kesabaran. Memberi kekuatan.

Siiru 'ala barakatillah | Fi amanillah


Mukhlisah fillah.
4 Ramadhan 1433 H / 23 Julai 2012.
1.52 Pagi.

Monday, July 9, 2012

Hadiah dan kasih sayang Allah.


Allah.
Maha Hebatnya ujian-Mu.
Untuk kesekian kalinya aku terkedu lagi.

Memang perasaan sedang bercampur baur.
Sedang hati juga gelisah memikirkan berita itu.
Kembali lagi merunsingkan hati.
Kerana dia juga adalah sebahagian dari kami.

Allah.
Sungguh terasa sakit.
Apa yang dia rasa, kami turut merasainya.

Allah bantulah dia.
Sedarkanlah dia.

Bantu kami ya Allah.
Permudahkanlah kami ya Allah.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah.

Bila memandang semuanya dari-Mu
Semua perasaan itu kembali pudar.
Ini tarbiyyah dari-Mu.
Redhakanlah kami menerimanya.
Juga iringi kami dengan keredhaan-Mu.

Allah.
Sungguh hati ini tidak tenteram.
Mendengar khabaran itu.

Rabbi…
Ampunkan aku.
Ampunkan keluargaku.
Kurniakan kami kesabaran yang tinggi,
ketabahan yang luar biasa,
serta kesyukuran yang berterusan.

"kak tak nafikan, kita terlalu asyik hal duniawi dan lalai tentang akhirat. Nasiblah ada seorang yang boleh jadi obor yang boleh menyuluh jalan yang gelap jadi terang. Balik ni kena jadi pembimbing rakan sebaya"



Terkedu dengan seloroh kakak. Allah terasa diri terlalu kerdil. Hati terlalu kotor. Sedang banyak yang perlu dibantu. T_T Hati menangis sendirian. Allah, campakkanlah hidayah-Mu yang berterusan dalam hati-hati kami. Sungguh kami tak punya apa-apa tanpa bantuan-Mu.

Terlalu banyak teori. Bila diuji, terasa kesusahan aplikasi. Allah yusahhil 'alaina. Hikmah aku dicampakkan hingga saat ini, aku mengerti. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih abah sebab niat abah nak tempatkan saya dikalangan para pemegang panji-panji agama Allah itulah, saya dicampakkan Allah disini.

Moga abah digolongkan dikalangan para solehin. Semoga abah tenang disana. Allahhumma Ameen.. 

Sya'aban yang semakin meninggalkan pergi. Ramadhan yang semakin menghampiri. Perjalanan yang semakin menguji. Hanya husnul khatimah yang kami mahukan.

Siiru 'ala barakatillah | Fi amanillah

Mukhlisah fillah.
19 Syaaban 1433H / 9 Julai 2012M
10.04 Malam.

Saturday, June 16, 2012

Kuntum rabithah hati



“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
____________________________
Allah.
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui
Allah.
Dia yang membolak balikkan hati kami.
Allah.
Dia yang menyatukan hati-hati kami.

Hanya mampu berdoa.
Doa yang dititipkan setiap masa dan ketika.
Moga kuntum-kuntum rabithah hati-hati kami bertaut hingga ke syurga.
Kuntum rabithah hati.
Moga ia terus mekar.

Memakai kasut perjuangan dengan rabithah hati!
Allah kuatkan hati-hati kami.

Rapatkan saff kami!
Campakkan ketenangan dalam hati kami.

Bersihkan hati | Ikhlaskan diri | Perbaharui niat lillah


Siiru 'ala barakatillah | fi amanillah

Mukhlisah fillah
27 Rejab 1433 H/ 17 Jun 2012M
6.20 pagi

Saturday, May 26, 2012

Klorox hati dengan kasih Tuhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.

Seorang murid bertanya pada Imam Ghazali,
"Tuan, bagaimana keadaanku ketika berzikir tetapi hatiku masih lalai?"

Imam Ghazali yang sangat arif dalam ilmu Tasawwur itu menjawab: 
"Teruskanlah berzikir,kerana sekurang-kurangnya lidahmu akkan terselamat daripada perkataan kotor dan sia-sia.

Saat zikir itu mula kulafaz,
Hatiku masih dalam kelalaian.

Lalu kucuba lazimi zikir itu,
Masih kosong kerna jiwaku yang kotor.

Kulazimi lagi zikir itu,
Hingga saat kurasai kelazatannya.

Allah, 
Ku hanya ingin meraih cinta-Mu.
Ku hanya ingin menagih kasih-Mu.

Dalam diam aku berharap
Agar sinar harapan itu membuah.
Agar hatiku kembali bersih.

Seperti sehelai kain putih!
Yang BERSIH tanpa palitan bintik hitam yang mencemar!
Yang BERSIH dari palitan dosa yang menghinggap!

Klorox hati dengan kasih Tuhan.
Bukan mudah!
Tapi tak susah!
Kalau sungguh mujahadah!
Moga ada nilai IBADAH Lillah!

Siiru 'ala barakatillah

Mukhlisah fillah.
7 Rejab 1433 H/27 Mei 2012 M
8.16 pagi.

Bersihnya HATI anak kecil itu


Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. 
[ 66 : 6 ]

Membaca ayat diatas ini cukup untuk mengingatkan saya tentang kisah Anak kecil yang takutkan api neraka. Membaca kisah anak kecil itu juga mengingatkan saya tentang ayat ini.


TAFSIRAN AYAT

Imam At-Tobari (rahimahullah) menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari Neraka.”

Ibnu Abbas r.a juga mentafsirkan ayat ini : “Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kamu untuk bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga kamu untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kamu dari Neraka.”

Masih banyak tafsir para sahabat dan ulama lainnya yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan keluarga dari Neraka dengan mengerjakan amalan soleh dan menjauhi maksiat kepada Allah s.w.t.

Di dalam surah lainnya Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.” 
[ 2 : 24 ] 

Teman-teman,
Begitu pula dengan ayat-ayat lainnya yang juga menjelaskan keadaan Neraka dan perintah untuk menjaga diri daripadanya.

Kedahsyatan dan kengerian Neraka juga dinyatakan Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sahih dari Abu Hurairah r.a bahawasanya baginda bersabdayang bermaksud :

“Api kamu yang dinyalakan oleh anak cucu Adam ini hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian Neraka Jahanam.”

Jikalau api dunia saja dapat menghanguskan tubuh kita, bagaimana dengan api Neraka yang panasnya 70 kali ganda dibandingkan dengan panas api dunia? Semoga Allah S.W.T. menyelamatkan kita dari api Neraka.


KISAH ANAK KECIL YANG TAKUTKAN API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


KESIMPULAN

Ulang tayang kisah mungkin?
Pada saya, biarlah berulang kali kisah ini diulang tayang, saya tetap tak jemu mendengar dan membacanya, malah mengingatkan saya tentang sumbangan saya pada Islam juga kesudahan saya nanti. Bagai langit dengan bumi bezanya saya dengan anak kecil itu. Hatinya bersih sedangkan hati saya sangat kotor. Allahhu rabbi. Sungguh menginsafkan! Tak mahu bercerita panjang. Cukup kisah pendek ini sebagai peringatan untuk kita semua.

Bagaimanakah agaknya pengakhiran kita nanti…?

Allah…matikan kami dalam iman.
Matikan kami dengan husnul khatimah.

"Dan jangan sekali-kali kamu megira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup disisi Tuhannya mendapat rezeki..." 
[ 3 : 169 ]

Siiru 'ala barakatillah.


Mukhlisah fillah.
7 Rejab 1433 H/27 Mei 2012M
5.25 Pagi.

Semut hitam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.

Benar! Bukan senang menjadi semut hitam. Hanya Allah yang tahu segala yang kau alami. Namun, nikmatnya sentiasa luas. Maka sentiasalah mengadu padanya. Jangan sesekali kau mengeluh dengan segala aturanNya untukmu. 

Jalan juang ini sungguh panjang. Tak dapat dibayar segala tenaga itu dengan wang ringgit kerana tiada nilainya. Sungguh nilaian Allah pada usaha kamu dan juga sebuah keikhlasan. Sungguh syurga itu sungguh menggiurkan. Tidakkah kamu terfikir? Ganjaran syurga itu lebih utama. 

Adakah semua yang kau curahkan di jalan ini perlu bayaran? Jika itu yang kau mahukan, maka tinggalkanlah jalan ini. Sungguh jalan ini perlukan orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan tanpa mengenal erti penat lelah. Tanpa mengenal erti jemu. Tanpa mengenal erti susah. 

Teman, 
Jika semua perkara yang kita lakukan nak diclaim @ perlukan bayaran @ balasan juga ganjaran, maka apakah nilai kita disisi Allah? Adakah segala yang kita lakukan hanya kerana bayaran dunia? Ketuk pintu hati, Tanya iman.

Takut tiada nilai ibadah disisi Allah.

Semasa menulis entri ini, diperlihatkan Allah melalui perkongsian seorang sahabat tentang statusnya tentang keikhlasan juga;

Al-Fadhl bin Iyadh pernah berkata, "Amal yang baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar." 
Orang-orang bertanya, "Wahai Abu Ali,apa yang dimaksudkan paling ikhlas dan paling benar itu?"

Dia menjawab, "Jika amal itu ikhlas namun tidak benar, maka ia tidak diterima. Jika amal itu benar namun tidak ikhlas, maka ia tidak diterima pula, hingga ia ikhlas dan benar. Ikhlas ertinya kerana Allah. Benar ertinya berdasarkan As-Sunnah.

Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah:

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Rabbnya." (Al-Kahfi: 110).

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat." 


Katakanlah, "Tuhanku menyuruhku berlaku adil. Hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat dan sembahlah Dia dengan mengIKHLASkan ibadah semata-mata hanya kepada-NYA. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebagaimana kamu diciptakan semula.
[ 7 : 29 ]

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain."


Ya Allah, golongkanlah kami dikalangan mukhlisin (hamba-hambaMu yang ikhlas) dalam melakukan setiap perkara hanya keranaMu ya Allah. Allahhumma Ameen.


Selamat memberi dengan seikhlas hati!

Siiru 'ala barakatillah.


Mukhlisah fillah.
7 Rejab 1433H / 27 Mei 2012 M
2.16 Pagi

Tuesday, May 22, 2012

mimpi semalam

Bismillah.

Semalam saya bermimpi. Mimpi berada dalam suasana peperangan. Suasana disekeliling dilumuri dengan darah. Seoalah-olah sedang dimedan pertempuran yang sangat dahsyat. Semua tidak dapat kemana-mana kerana keadaan sekeliling yang tidak mengizinkan. Saya gagahkan juga diri untuk meneruskan perjalanan.

Mungkin kerana akhir-akhir ini sering memikirkan tentang dunia hari ini.Tentang pejuang Islam. Mimpi mungkin mainan tidur. Tapi saya sangat mengharapkan saya betul-betul syahid di medan itu. Mungkin insan ini tak punya apa-apa malah tak layak untuk mengharap begitu. Tapi itu cita-cita saya.


Hati kecil ini berkata;
Allah, apa mungkin SYAHID itu menjadi milikku? 
Allah, aku rindukan SYAHID!
Allah, matikan aku dalam keadaan mati syahid di jalanMu.

 عش عزيزا أو مت شهيدا

Moga SYAHID itu milik kita semua!

Allah, 
menangkan pejuang Islam diseluruh dunia.
Allah,
Menangkan ISLAM dengan ke'izzahannya.
Allahhumma Ameen..

Siiru 'ala barakatillah

~Mujahidah kecil mengimpi syahid~
~Insan Kedil mencari kasih Tuhan~

Mukhlisah fillah.
2 Rejab 1433M / 23 Mei 2012 H
12.44 pagi

Kisah mereka, kisah kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah atas segala nikmat pemberian Tuhan.

Sedang membelek-belek buku sambil mencari maklumat. Ditag oleh seorang sahabat tentang kisah saudara seIslam kita di Syria. Allah. Sungguh pedih hati melihat.

Mencoret sambil mendengar dendangan nasyid wahai kekasih oleh Nazrey Johani juga memikirkan tentang kisah tersebut. Sebak rasa dijiwa. Mengalir air mata. Bertanya-tanya sendiri. Apakah sumbangan aku selama ini terhadap Islam?

Dalam konteks kita hari ini, kita tidak berada di barisan hadapan saff jihad, dengan mengangkat sejata dan sebagainya. Hari-hari kita tidaklah perit sebagaimana ummat Islam dibeberapa tempat lain.Tapi kita yang dimedan ilmu ini, ingatlah yang berjihad di medan ilmu juga merupakan salah satu jihad. Jadi, bersungguh-sungguhlah. Bagaimana mahu memberikan sesuatu buat ummat, jika diri tak punya apa? (pesanan buat diri yang selalu lupa)


" Tidak sepatutnya bagi orang - orang yang mu'min itu pergi semuanya ( ke medan perang ) mengapa tidak pergi dari tiap - tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang ugama dan untuk memberi peringatan kepada qaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya , supaya mereka berwaspada ” 

[ 9 : 122 ]

Mengenai ayat diatas ini telah pun dikupas oleh sahabat saya di entri saya yang lepas menurut pandangan beliau dalam konteks kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa Islam.

"خير الناس أنفعهم للناس"

"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat buat orang lain."


Tangan seorang penyokong IM di Syria..di penjara, dicabut kuku kemudian digergaji jarinya..apa sumbangan kita untuk ISLAM hari ini? Allah...Allah...

"Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan RINGAN (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan BERAT (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
[ 9 : 41 ]

Hari ini mereka menderita kerana Islam,
Hari ini mereka menangis kerana Islam,
Hari ini mereka membantu kerana Islam,
Hari ini mereka hidup kerana Islam,
Semalam, hari ini dan esok mereka berjuang kerana Islam,

Perit!
Pedih!
Darah!
dan air mata!

Kita...?
Dimanakah kita...?
Sedarkah kita...?
Atau masih enak dibuai mimpi indah...?
Masih duduk berehat...?
Masih termangu...?

Adakah Islam kita hanya sekadar dimulut?
Wahai diri dan teman,
Bukankah semalam kita telah mengikat janji?
Untuk sama-sama menghadapi susah senang,
Untuk sama-sama membantu,
Agar Islam tertegak di dalam diri,
dan akhirnya dimuka bumi ini.

Benar!
Medan ini tak semudah yang dilafaz,
Medan ini tak semudah yang dikata,
Medan ini tak semudah yang disangka.
Medan ini medan susah.
Medan ini medan payah.

Ingatlah pada janji Allah.
Kesusahan itu pasti dibayar.
Kepayahan itu pasti dibayar.

Bicara Allah pada kita jangan dilupa,

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah [90 : 4 ]

Wahai orang-orang yang BERIMAN, mahukah kamu AKU tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? [10]

Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan RASULNYA dan BERJIHAD di jalan ALLAH dengan HARTA dan JIWAMU. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. [11]

Nescaya ALLAH mengampuni DOSA-DOSAMU dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ketempat-tempat tinggal yang baik didalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. [12]
[ 61 : 10 - 12 ]

"Sesungguhnya ALLAH membeli dari diri orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari ALLAH didalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
[ 9 : 111 ]

Mujahadah itu mesti!
Mencari itu mesti!
Memberi itu pasti!
Semangat juang itu jangan biar terhenti!

Namun teman,
kau perlu tahu
yang tak semua orang, Allah thabatkan hatinya juga kakinya dijalan ini ;
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya) [ 33 : 23 ]

Sebab itu kita mesti selalu berdoa,
agar DIA tetapkan hati dan kaki di jalan kebaikan hingga ke syurgaNYA nanti.

Alirkan rabithah hati, agar kita bersatu hati,
kerana disitulah lahirnya kesatuan hati,
kesatuan fikrah juga kesatuan amal dalam dalam membawa hati-hati menuju Ilahi.

~ Jom Bergandingan ke Syurga ALLAH~

Siiru 'ala barakatillah.

Mukhlisah fillah.
26 Jamadil Akhir 1433H / 17 Mei 2012 M
11.15 Pagi.

Tuesday, May 15, 2012

Lilin seorang guru

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah. Nikmat Iman, Nikmat Islam.

Usai solat maghrib, online sebentar. Ditegur oleh seorang sahabat di ard kinanah sana. Bersembang-sembang. Lantas diberinya nasyid Lilin seorang guru. Terharu. ^^, Terima kasih sahabat. Masih banyak yang perlu saya belajar.

Saya dedikasikan nasyid ini buat guru-guru saya sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kampus yang member kenangan itu sehinggalah kampus sekarang juga yang tak dilupakan buat mak dan arwah abah (al-fatihah) serta keluarga dan teman-teman yang tak jemu-jemu mendidik, memberi dan membantu diri ini.


Jazakumullahhu khaiyr al-jazaa' buat pendidik :

Sekolah Kebangsaan Sungai Ular
Sekolah Menengah Ugama Madrasah Ihsaniah, Jangkang
Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah
warga pendidik Kuliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah
Universiti Al al-bayt

Guruku, jasamu dikenang

Especially buat mak, selamat hari lahir yang ke-66. Moga redha Allah sentiasa bersama Halimah binti Saad. Allahhumma Ameen.

Sesungguhnya saya amat merindui didikan demi didikan kerna saya perlukan tongkat untuk berjalan. Yang pastinya, jangan tinggalkan saya rebah keseorangan.

"Sebaik-baik murid adalah murid yang mendoakan gurunya" 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya tidak mahu terkecuali dari itu.

laulal murabbi, ma araftu rabbi
"kalau tidak kerana guruku, tidak akan kukenal Tuhanku"

“Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali.”
(HR Abu Dawud dan Termidzi)
Hanya Allah yang mampu membalas jasamu
Buat anak-anak didik, mohon maaf jika selama saya membantu kamu semua, ada terkasar bahasa, tersilap langkah dan banyak kekurangan. Moga Allah redha.

Sekolah KAFA, Darul Furqan, Putrajaya (tak ingat nama)
Institut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL)

Moga ia bernilai ibadah disisi Allah. Allahhumma Ameen. (",)

Siiru 'ala barakatillah.

Mukhlisah fillah.
15 Mei 2012
8.34 malam

Wednesday, May 9, 2012

Perjalanan kecil

Esok berbaki satu paper lagi untuk second exam, tapi tangan terasa seperti mahu menaip. Ingin mencoret sesuatu.

Hampir tamat perjuanganku disini. Berbaki hanya satu semester. Namun selalu bermonolong dengan diri sendiri. Bekalan apakah yang bakal aku bawa untuk ummat disana?
Allah. Sungguh ku tak punya apa-apa. Mengharapkan rahmat dan keberkatan ilmu dari Tuhan. 

Pertama kali membuat keputusan untuk datang kesini. Sungguh nekad itu tak siapa dapat menghalang kecuali DIA. Biarpun pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi dengan berbagai persoalan dari teman juga pendidik di institusi pengajian sebelum ini, niat itu diteruskan juga. Kesungguhan untuk kesini bukan biasa-biasa. Kerana niat untuk menuntut ilmu juga bahasa syurga itu terpahat dihati sudah lama.

Keputusan untuk ke sini, tak pernah ada siapa yang tahu kecuali yang terdekat. Bimbang keputusan sebaliknya. Ramai yang menyangka akan ke bumi kinanah.
Bila semakin hampir juga sudah mendapat keputusan, ramai yang bertanya, 

“kenapa tidak ke mesir?” 
“Kenapa tidak sambung Qiraat?” 
“Susah untuk betul-betul jaga al-quran jika kita tidak duduk dengan biah al-Quran” 
“Kenapa tak sambung ja kat sini?” 
“Kos disana sangat mahal” 
“Hantarlah dua borang. Satu ke mesir, satu ke Jordan. Nanti boleh buat pilihan”


Banyak lagi persoalan yang bertandang. Namun, jika hati sudah punya pilihan yang satu. Apa juga persoalan, tak akan menggoyahkan pendirian. Degil? Mungkin. Tapi degil yang ini, tak mengapakan?

Setelah dua tahun disini, pernah ditanya oleh seorang teman, "bagaimana bila dah masuk gol lain?"

Soalan itu dulu hanya dijawab dengan senyuman. Hati kecilku berkata, "sungguh kurasai kesusahan itu kerna mujahadahku ditahap yang paling minimum. Sukar untuk berkata-kata."

Benarlah biah al-Quran itu perlu untuk terus menguatkan diri menjaganya dan terus menjaganya. Bila kaki dijejak disini, baru ku tahu erti semua itu. Maafkan saya, buat pendidik yang sangat prihatin memberi nasihat itu. Dulu dibalasnya kata-kata itu dengan, "inshaAllah dimana-manapun berada, pasti boleh kalau kita mahu sebab kita yang membina dan mencipta biah itu." Tapi kadang-kadang ku akur dan sedar, jika tanpa kekuatan diri juga sokongan, apalah sangat semua itu. Dengan al-Quran, hidup sentiasa tenang. Dengan al-Quran, belajar semakin bersemangat. Dengan al-Quran muaddal semakin meningkat. Berkat Allah pada Al-Quran. Sungguh, kurindu saat itu. Moga Allah bantu untuk langkahan kaki seterusnya. Mencari ketenangan yang hakiki.

Kononnya inilah jawapan ketika ditanya kenapa tidak ke mesir, "kerana disana ramai orang Malaysia". Datang kesini juga kerana biah bahasa arab, tetapi ketika pertama kali, kaki dijejak di bumi kinanah itu, hati sudah terpaut. Monolong hati, sungguh, tempat ini sangat menenangkan. Sayu rasa bila di jami' itu. Kaki dilangkah sambil hati menangis sayu kerana tempat itu yang pernah ku tolak dulu. Suasana itu yang dicari selama ini. Dalam doa, kupanjatkan agar dapat lagi kaki ini melangkah ke situ. Moga peluang dan ruang itu masih ada.

Benarlah rezeki Allah itu sangat luas. Dengan berbekal simpanan dari arwah abah hanya untuk 2 tahun pengajian disini, tetapi sangat mencukupi malah lebih dari cukup. Terima kasih tak terhingga kepada emak dan family yang berusaha membantu. Tak lupa juga kepada penyumbang. Sungguh, hanya doa yang dapat ku balas. Moga dengan sumbangan itu menjadi saham kalian diakhirat sana. Allah juga telah memudahkan urusan melalui pelbagai wasilah. Hanya yakin pada Allah. Allah pasti akan bantu hamba-Nya yang ingin menuntut ilmu.

Pesanan dari ustazah (semasa didalam kelas yang terakhir) yang satu ini juga tak di lupa. "Nanti pi sana (mesir), jangan kawen pulak. Ngaji sungguh-sungguh". Ramai yang memandang. Sungguh saya sangat terkejut semasa ayat itu disebut sebab memang tak pernah ada niat pun untuk berbuat begitu, malah itu bukan tujuan utama. Apa pun sangat berterima kasih atas ingatan yang sangat berguna itu. (",)

Alhamdulillah atas segala nikmat dan nusroh Allah. Sungguh syukurku tak putus. Itu cerita dulu-dulu, sebelum melangkah kaki kesini. Kini, dah hampir tamat pun cerita-cerita disini. Cuma persoalannya disini, bagaimana dengan ilmu yang dituntut selama 4 tahun pengajian itu? Adakah ia sekadar dia kertas. Dengan berbekal muaddal (pointer) yang sedikit juga; persoalan yang selalu bermain dibenak, adakah kesungguhan dinilai berdasarkan kiraan pointer? 

Muaddal itu bukan satu keutamaan bagi saya walau saya tahu ia juga sangat penting. Tetapi yang lebih penting dari itu adalah ilmu. Bermanfaatkah ia? Ada keberkatankah? Ilmu untuk amal juga sebar. 

Hampir 4 tahun disini, pelbagai onak duri ditempuhi. Pelbagai cerita yang didengari. Ada kisah suka juga duka. Namun Allah Lebih Tahu segalanya. Jika pergantungan hanya pada Allah, pasti tak rugi. Pasti segalanya jadi mudah. 

Bila dah dekat nak balik, persoalan lain pula timbul, 

“Apa perancangan bila balik nanti?” 
“Balik nanti nak kerja apa?” 
“Nak sambung master?” 
“Bila nak kawen?” 

Soalan ni tak sudah-sudah. Mungkin sebab umur semakin meningkat. Tapi bagi saya untuk soalan ini, saya masih muda. Belum sampai masanya mungkin. Juga persediaan belum ada. Hanya Allah yang tahu jawapan kepada persoalan ini. Tak perlu risau untuk saya. Tapi saya bahagia jika kawan-kawan saya bahagia. 

Memang rasa nak sambung master, tapi macam ada yang lebih penting dari itu. Al-Quran penguat hati. Kerja pun dah ada orang offer. cuma tidak mendapat kelulusan dari yang terdekat. Pilihan saya… doakan, moga ia terbaik. ;) Apa pun saya mengharapkan pilihan itu adalah yang terbaik dan Allah redha. 

Memang persoalan tak pernah henti. Seperti perjuangan yang tiada penghujung. Perancangan juga mesti teliti bukan? Nak tetap istiqamah dijalan Allah bukan mudah. Perlu mujahadah (kesungguhan) yang tinggi. Jika hati goyah, kaki patah, tidak ada apa yang tinggal. 

“Kemuncup itu perlu dibuang sambil berjalan, tak perlu berhenti, melambatkan perjalanan”.

Doakan diri ini terus tegar dan istiqamah dijalan pilihan Allah ini. Sungguh tak layak tanpa nusroh Allah juga doa teman-teman. 

Ingin memberi dengan seikhlas hati. Moga dengan Ilmu yang sedikit yang diperoleh itu dapat dimanfaatkan untuk diri, keluarga dan ummat diluar sana.

Dulu, jika terlalu banyak kerja, pasti ada teman yang mengingatkan. Disini juga, selalu ada yang mengingatkan. Terima kasih yang tak terhingga atas ingatan dan nasihat dari kalian yang tak putus-putus buat diri yang kerdil ini. Sungguh bertuah punya teman seperti kalian. (",)

Final exam semakin dekat. Jadual pun dah turun. Jangan lupa doakan saya. Doakan kalian amatlah diharapkan. Maaf salah silap. Bittaufiq wan najah bil imtiyaz semua. Bersungguh dalam exam, juga bersungguh kuatkan hubungan dengan Allah. ;) 
Ini Jadual saya...^^

Akhir sekali, untuk diri dan teman.
Bila gagal, jangan putus asa. Bila Berjaya jangan takbur. Kedua-duanya menuntut erti syukur yang tak henti. Bila syukur pasti ada redha. Hati, jangan selalu mengeluh. Serahkan segalanya pada Allah. Moga ketenangan milik kita semua. Kejayaan sebenar adalah dari Allah. Ingat yang semua ini hanyalah pinjaman sementara dari Allah. Bila-bila masa boleh diambil semula. Suka dengan hikam abi ‘athoilla ini : 

“Diantara tanda-tanda kejayaan diakhirnya adalah kembali pada Allah dipermulaannya”. 

إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي 
عش عزيزا أو مت شهيدا 

Siiru 'ala barakatillah. Moga segalanya bernilai ibadah disisi Allah. Moga Allah redha.

Mukhlisah fillah.
10 Mei 2012
2.55 Pagi. 

Rasulullah menangis di padang Mahsyar



Wahai kekasih
Nazrey Johani

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
akhlak mu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yg melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
ahklakmu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumannmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira di akhirat kita kan bersua

Sunday, April 1, 2012

Mencari diri, menilik hati


Robb,
Aku keliru dengan diri sendiri,
Seperti terlalu banyak dosa yang menghantui,
Setiap saat datang silih berganti,
Selalu melakukan kesalahan yang sama,
Hingga tak mampu ku berkata-kata.

Kewajipan itu selalu aku lengahkan,
Kewajipan itu selalu aku lalaikan,
kewajipan itu selalu sahaja aku lupa.

Allah,
Hati ini sedang dilanda sakit,
Sakit yang mencengkam jiwa.
kerna kurangnya mujahadah itu.
Sungguhku tak mampu tuk buat apa,
Tanpa bantuan dan rahmat dariMu.

Terasa diri ini penuh dengan dosa noda.
Langkah kakiku semakin perlahan,
Dalam menggapai cintaMu.

aku cemburu!
cemburu dengan mereka!
yang bersih hatinya,
yang baik akhlaknya,
yang banyak ilmunya,
yang cekal hatinya,
yang hebat perjuangannya,
sedang diri ini selalu dalam kealpaan.

Semakin lama semakin pudar semangat itu,
Semakin lama semakin hilang segala kebaikan itu.

Robb,
Ampunkan aku,
atas kekalahanku bertahan,
atas kekalahanku melawan,

Robb,
Bantu aku untuk mengikhlaskan niat dalam setiap perkara,
Bantu aku untuk selalu mengislah diri,

Ku tahu ku tak punya apa.
Tapi aku yakin dengan janjiMu, Allah.
Ku pasti dengan setiap ketentuanMu.
Jangan kau palingkan pandanganMu padaku.
Ku ingin selalu bersamaMu.



"Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah." 


-As syahid Imam Hassan Al banna-


Mukhlisah fillah.
2 April 2012
2.39 a.m 

Monday, March 19, 2012

Pelajari ilmu secara 'tafaqquh'


Terigat kata-kata seorang ustaz dalam program yang diadakan oleh persatuan pelajar disini beberapa hari yang lalu :
العلم بالتعلم والفقه بالتفقه
Hari ini baca kata-kata tuan guru pula. Jom kita baca dan fahami.


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan umat Islam perlu mempelajari ilmu secara 'tafaqquh' iaitu belajar dan mendalami Islam sebaik-baiknya.

"Kita bukan sahaja mengajar atau mengaji tetapi faham Islam itu sebenar-benarnya,"katanya dalam ucaptama majlis Istiadat Konvokesyen Intitut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah (Ilham) kali ke-11.

Ini kerana, katanya, umat Islam dituntut memberi peringatan kepada semua supaya mereka berwaspada terhadap ajaran-ajaran sesat, termasuk dalam konsep cara hidup.

"Mempelajari Islam bukan untuk diri sendiri sekadar tahu sahaja, tetapi untuk disampaikan kepada segenap umat kerana ia sudah menjadi tanggungjawab menyampaikan ilmu," katanya.

Malah tegasnya, Allah memilih manusia bertugas di atas muka bumi ini kerana manusia mempunyai fitrah dan naluri untuk menjadi khalifah.

Bagaimanapun katanya, kejahilan umat Islam hari ini hanya menangani dua pendekatan yang menjadi pemandu umat manusia iaitu agama dan ideologi yang berkait cara hidup, politik, ekonomi dan sosial.

"Mereka lupa 'di sana' ada petunjuk Allah yang dinamakan Ad Din yang dibawa oleh Nabi dan Rasul. Bermula Adam a.s ditutup dengan Muhammad SAW," katanya.

Berucap di depan 146 graduan Ilham, Abdul Hadi berkata, pendidikan dan pentarbiyahan merupakan medium penting untuk melahirkan generasi pendakwah yang bergerak di atas landasan ilmu dan sensitif dengan persekitaran.

Justeru katanya, setiap ahli lebih-lebih lagi pimpinan mesti meletakkan aspek tarbiyah sebagai asas utama dalam apa situasi dan tempat kerana tarbiyah adalah sebahagian daripada tunjang kekuatan jamaah.

"Diharap graduan Ilham mampu menjadi pendokong dan petugas gerakan Islam yang sanggup menghadapi tribulasi perjuangan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat Idris Ahmad mencadangkan semua peringkat perlu memastikan ahli-ahli kawasan mereka diwajibkan menyertai program Ilham.

"Seboleh-bolehnya biarlah setiap tahun sekurang-kurangnya dua orang setiap kawasan ditaja oleh PAS kawasan terutama mereka yang tidak sempat mempelajari Islam secara formal," katanya.

Pengarah Ilham Pusat Dr Asiah Ali berkata, tarbiyah adalah nadi kepada PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bukan terhad kepada usrah, tamrin, seminar dan pengisian ilmu sahaja.

Bahkan katanya ketika memberi ucapan, tarbiyah perlu untuk melahirkan pendokong gerakan Islam PAS yang mampu menjadi 'role model' kepada masyarakat.


Juga boleh didengar disini :



Pesanan Ust Fadhil Noor Kepada Anak-anak Muda

“Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”. 

“Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”. 

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala”. 

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta'ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta'ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta'ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan." 

“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam. Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”. 

“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”. 

“Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”. 

sumber : zahidyusof.blogspot.com

Ingatku pada pesan Tuhan

Berlari-lari mencari hati 
Biar mereka berkata sendiri 

Dulu aku pernah terluka 
Pada kata yang sangat berbisa 
Pada fitnah yang menghumban jiwa

Tersentap aku pada perkhabaran itu
Apa kamu masih tidak lupakah pada kisah yang dulu?

Dimanakah nilai sebuah kemaafan?
Dimanakah kamu letakkan lapang dada dan sangka baik?

Aku insan biasa 
Yang tak punya apa 
Pasrahku pada ketentuan Yang Esa 

Kini aku terus berdiri disini 
Kerna Allah sentiasa disisi 

Aku hidup kerana Allah 
Aku hidup kerana perjuangan 
Bukan dengan kata-kata mereka 

Ingatlah kawan, ingatlah teman 
Berjuang bukan kerana nama 

Walau siapa kamu 
Walau siapa aku 
Kita tetap sama disisi Tuhan

Berpesan kerna kasih Tuhan 
Pada yang masih mencari perhatian
Mengertilah!

Bias kehidupan
Ingatku pada pesan Tuhan!
Lantas kuberpesan
Pada hati insan
La takhaf wa la tahzan!

Allah sentiasa bersama.
senyum pada kehidupan. 

Mukhlisah fillah.
20 Mac 2012
2.24 a.m

Saturday, March 10, 2012

dakwah bukan PILIHAN bahkan TUNTUTAN

Renungan buat diri dan sahabat semua.

I’m stating here as a reminder for myself and the rest of you my ikwah wa akhawat, we force ourselves to stay wake up all nights just to finish the essays, coursework etc, tapi apabila kita diperlukan dakwah, simply we say ‘give me a break for a while’.

Bukan PILIHAN, bahkan TUNTUTAN

by Ayu zamani
Buat yang begelar da'ie


Ketahuilah bahawa..
Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan yang rela menumpahkan darah dan air mata,
Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,
Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,
Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,
Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,
Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,
Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,
Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,
Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, bahkan tuntutan.

Monday, February 20, 2012

Tarbiyyah bukan untuk si manja

Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu membandingkan organisasi itu dengan organisasi ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai organisasi ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah organisasi..
Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"
Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

p/s: sahabat2, maaaf andai note ini agak kasar.. tapi,kita jadikan segala kritikan dlm note ni utk kita terus gagahkan diri dlm menyelusuri jalan perjuangan yang penuh dgn onak duri.. Ingat shbat2, selangkah kaki ke alam perjuangan ini, selamanya kita akan berada dlm kepahitan.. dan kemanisannya hnya akan terasa bila kemenangan Islam sudah tertegak.. doakan agar kita boleh sampai ke saat itu! Allahuakbar!!

Sumber : roslizanfikrahmujahid.blogspot.com.