Pages

Wednesday, November 20, 2013

Syahid yang tertangguh

Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.

Setelah sekian lama tidak mencoret.
Hari ini, waktu ini, jari kembali beraksi sambil diselitkan dengan kerja kuliah yang menimbun.

Alfatihah untuk Ahmad Ammar Ahmad Azzam.
Dia,
Asy syaheed tenang disana.
Maa shaa Allah, sungguh mulia segala derap langkahnya, 
Segala gerak gerinya.
Allahu akbar, sungguh! janji-Nya itu pasti,
Pemergian yang sungguh tenang dan bahagia,
Ditangisi penduduk bumi dan langit.
Nampak bidadari syurga hingga tidak fikirkan lagi apa yang didunia.

Kita,
Lalu, apakah pula sumbangan kita yang masih punya waktu yang berbaki?
Terlalu banyak perkara remeh yang difikirkan hingga lupa masalah ummat yang lebih memerlukan.
Yok! Perbaiki diri dan kurangkan perkara yang melalaikan.
Tiada masa untuk membuang masa.


Walau diri tidak pernah mengenali susuk tubuh Ahmad Ammar bin Ahmad Azam sebelum ini, tetapi membaca dan menyelami kisahnya serta melihat videonya sudah cukup membuatkan deraian air mata semakin laju. Cukup memberi kesan yang mendalam hingga dada sebak menangisi. Allahu akbar, sungguh mulianya insan yang bernama Ahmad Ammar itu. Benarlah pesanmu buat ayahandamu "dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga." Lantas ku teringatkan firman-Nya yang selalu ku ulang tanpa jemu yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." [Code 2:154]


Antara catatan-catatan beliau :

Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
[wall FB Ahmad Ammar pada 11 Ogos 2011]

Catatan yang dikongsi ibunya:

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…

Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau: 

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini. 

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”


Antara laman sesawang yang dikongsikan beberapa catatan Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azzam:
http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/
http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/11/kematian-yang-dicemburui.html



Coretanku ini sebagai peringatan buat diriku yang selalu lupa. Ahmad Ammar pinjaman sementara Allah sebagai tanda kekuasaan-Nya buat kita yang masih bernafas untuk diambil semangat bahawa dunia ini tempat persinggahan juga menuai dengan sebanyak-banyaknya. Kelak disana akan dihisab segalanya. Kau insan terlalu istimewa, mewaqafkan diri untuk Islam. Lahirmu telah di 'nawaitu' kan untuk Allah dan Rasul. Pengakhiran yang baik malah dikebumikan pula bersebelahan dengan maqam sahabat Rasulullah s.a.w., Abu Ayyub Al-Ansari.

Untuk diri dan yang masih bernyawa, dunia ini untuk kita tunggangi. Beramallah seolah-olah esok akan mati dan bekerjalah seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi. Manfaatkanlah setiap detik yang kita ada. Moga hari-hari yang berlalu tidak berlalu dengan sia-sia. Berpenat lelah yang sedikit untuk kerehatan yang membahagiakan. Ingat kata-kata Ibnu mas'ud : "Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurang tetapi amalku tidak bertambah." Seiringkan setiap detik masa yang berlalu dengan pertambahan ilmu,iman dan amal.

Benarlah pesanan Asy-Syahid Imam Hassan Al Banna, "Al-waajibaat aktharu minal auqaat" yang bermaksud kewajipan @ tanggungjawab melebihi masa. Jadi, manfaatkan masa yang ada sebaiknya. Moga masa-masa kita yang berlalu dan akan datang diberkati oleh Allah s.w.t

18011435.
04.15 a.m.