"Katakanlah : Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam." [6 : 162 ]
"...Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh" [27 : 19 ]
Mudah-mudahan setiap detik itu bernilai IBADAH disisi ALLAH
Mencari diri disegenap kejadian Yang Esa.
Menilai hati di setiap ketentuanNYA.
Menongkat kaki pada bumi yang nyata.
Mencari peluang disegenap ruang.
BismikAllah amsyi.
Ku gagahkan kaki ini untuk terus melangkah demi sebuah harapan ummah berpaksikan Al-Quran dan sunnah dan diri yang perlu diubati.
NASRULLAH pasti mengiringi andai kita selalu bersama-NYA.
Ya Allah! Sulami langkahku dengan keikhlasan. Salurkan getaran bersamaMu dalam urat nadiku agar aku sentiasa merasai hidup bersama-MU. Jangan KAU alihkan pandagan-MU dari diri yang kerdil ini agar aku tak lalai dek kelazatan sementara duniawi.
Allahhumma Ameen.
~Insan Kerdil Mencari Tuhan~
"Carilah HATIMU di 3 tempat : carilah HATIMU sewaktu membaca AL-QURAN. Jika tidak kau temui, carilah HATIMU ketika mengerjakan SOLAT. Jika tidak kau temui, carilah HATIMU ketika kau duduk bertafakkur MENGINGATI MATI. Jika tidak kau temui juga, mintalah HATI yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai HATI" [ Imam Al - Ghazali ]
"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."
[ as-syahid imam hassan al-banna ]
"Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah."
[ as-syahid imam hassan al-banna ]
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." -Imam Hassan al Basri-
________
_____________
Sungguh hati ini hanya mahu berpaut pada kasih Tuhan kerna disitu punya sinar kehidupan addunya wal akhirah.
Selagi punya waktu, Selagi itu aku mahu berlari dan terus berlari.
Pilihlah aku untuk ikhlas ya Allah.
Bersihkan hatiku ya Allah.
Aku ingin pakai kasut perjuangan.
Aku ingin duduk di safful mukhtarah wa mukhlisin!
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan satu bangunan yang tersusun kukuh." [61 : 4 ]
Mukhlisah. ~Mujahidah kecil mengimpi syaheed~
.:: [ Tanbeh Lil Ghafilin ] ::.
Tajdid@ perbaharui niat kerana Allah istimrar @ berterusan.
10 muwasofat tarbiyyah :
1. salimul aqidah (aqidah yang mantap)
2. sohihul ibadah (ibadah yang benar)
3. matinul khuluq (akhlak yang baik)
4. qowiyul jism (jasmani yang kuat)
5. haritsun ala waqtihi (menjaga masa)
6. munazzoman fii shuunihi (terstur urusannya)
7. mutsaqaful fikr (wawasan yang luas)
8. mujahidun linafsi (bersungguh-sungguh)
9. Qadirun alal kasbi (mandiri)
10. nafiun lighairihi (bermanfaat bagi orang lain)
No comments:
Post a Comment